Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.

Bismillahir Rohmanir Rohim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Mazhab Wahabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan kemunculan dalam dunia Islam kini. Umat Islam keliru dengan mereka kerana mendakwa mereka adalah di pihak benar kerana segala perbuatan perlu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Fahaman wahabi sering menggembar-gemburkan tentang amalan bidaah. Antaranya mereka mengatakan bahawa amalan yang tiada dalam hadis  kita tak boleh buat. Contohnya; majlis selawat. Mereka akan bertanya hadis yang mana satukah yang mengajak kepada majlis selawat, dan sering mengeluarkan kata-kata “nabi tak pernah buat”.

Apakah yang kita faham tentang maksud perkataan “sunnah” ?

Fahaman wahabi merasakan mereka adalah golongan yang betul. Mereka ini adalah golongan yang biasanya dikatakan hafal dan belajar banyak hadis. Mereka merasakan merekalah yang lebih pandai dan lebih tahu sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka terjerat dengan fahaman yang salah kerana mereka tidak faham maksud sebenar sunnah.

Kasihan golongan sebegini, sebenarnya kupasan tentang maksud sebenar sunnah itu sendiri pun mereka tidak jelas, sebab itulah mereka tidak sedar dan terperangkap dengan kesombongan diri sendiri. Untuk kupasan lanjut maksud perkataan sunnah bolehlah klik link  nurulaein

Sudah tentu tidak salah untuk kita belajar dan hafal hadis, tetapi masalahnya asas tapak yang penting iaitu syahadah, rukun Islam pertama pun mereka tidak mahu belajar, sebab itulah mereka tidak dapat membezakan yang haq dan yang batil.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Maulid Nabi bidaah?

Perkara besar yang menggerunkan hati saya tatkala fahaman ini menolak majlis maulid nabi. Dek kerana kejahilan dan mengatakan bahawa “tiada dalam hadis tentang amalan tersebut” sehingga mereka melarang serta enggan hadir majlis maulid nabi.

Adakah mereka sedar akan kepentingan  meraikan majlis memperingati junjungan tertinggi nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam? Yang peliknya bila golongan ini meraikan majlis hari jadi rakan taulan tidak pula salah ? Pelik bukan?

Bila kita fikirkan golongan ini, kita rasa kasihan kerana kita tahu bahawa golongan ini tidak sedar betapa besarnya hikmah memperingati dan meraikan majlis junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Apakah punca mereka tidak sedar?

Barangkali golongan ini ketandusan kasih sayang Rahmatan lil alamiin sehinggakan mereka tidak pernah MERASA nikmat meraikan maulid nabi sallallahu alaihi wasallam. Apa puncanya?

Sebab mereka tidak mahu belajar syahadah. Bila mereka tidak belajar, maka mereka tidak sedar di sebalik tabir hikmah dan muqjizat kalimah agung kalimah La ilaha illAllah Muhammad Rasulullah Sallalhu A’laihi Wasallam.

“Fa’lam Annahu Lailaha illAllah”(Surah Muhammad : ayat 10) yang bermaksud Carilah, pelajarilah ketahuilah bahawa Tiada ILAH selain Allah.

Sedarkan kita “Fa’lam” adalah kata perintah? Allah perintahkan kita belajar tentang syahadah. Malah  Itu jugalah yang diwahyukan kepada semua Nabi dan Rasul untuk sampaikan sebagaimana Firman Allah berikut :

Dan Kami tidak menggutuskan seorang Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya “Bahawasanya tidak ada ILAH selain Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”   (Surah Al-Anbiya’ ayat 25)

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

 

Pelajarilah Carilah Tiada Ilah selain Allah

Saya sendiri akui, tatkala saya mula pelajari syahadah, rukun Islam pertama baru saya boleh bezakan mana yang haq dan mana yang batil.  Syahadah adalah iman yang tidak dapat dipisahkan. Itulah asasnya.

Kerendahan hati yang merasakan kita ini jahil, tidak sombong dengan ilmu di dada. Pernah saya bertanya maksud ILAH dan ASHADU kalimah yang terkandung dalam rukun Islam pertama kepada seorang rakan yang berfahaman wahabi. Tetapi dia tidak dapat menjawab. Malah sombng dengan keilmuannya. Moga Allah beri hidayah padanya untuk belajar dengan kerendahan hati.

Perjalanan hati adalah kembara mencari ilmu menuju Allah. Hati yang mengembara kepada satu stesen ke stesen. Pesan seorang guru, hakikat ilmu itu untuk adalah untuk mengenal ilah mengenal Allah. La ilaha illAllah, Muhammadur RasulAllah sallallahu Alaihi Wasallam.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Carilah, pelajarilah sebagaimana pesan Pesan Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani radiallahu anhu

“Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

“Ya Allah..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. ”

” Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. ”

Amiin Ya Robbal Alamiin.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s