Bukti Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat! Malah dimuliakan Ulama Nusantara

 

Bismillah…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan yang hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya walaupun (ALLAH) tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” (Surah Al-Hadid : ayat 25)
Jika kamu sedang membaca artikel ini, percayalah ianya bukan kebetulan, tetapi ALLAH telah susun hidup kamu hari ini sehingga DIA mahu kamu membaca artikel ini demi menegakkan kebenaran yang HAQ.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

“Yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan membenci (apa yang menimbulkan) keredaanNya, sebab itu Allah menghapus segala amal mereka. Atau apakah orang yang dalam hatinya menyangka  bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka (terhadap Nabi Muhammad ) ?”   

(Surah Muhammad ﷺ : ayat 28 – 29)
Sheikh Dr Ismail Kassim di FITNAH di negara sendiri

Begitulah apa yang berlaku kepada Sheikh Dr Ismail Kassim. Kerana perasaan dengki sesetengah pihak, beliau difitnah di negara sendiri. Jangan menuduh sembarangan jika kamu tidak mengenal hati budi beliau. Kelak amal kamu akan binasa dek kerana tuduhan tanpa bukti yang kukuh. Sungguh! Sheikh Dr Ismail tidak sesat

“Sesungguhnya orang yang kafir yang menghalang-halang (orang lain) dari jalan Allah serta memusuhi rasul setelah ada petunjuk yang jelas bagi mereka, mereka tidak akan dapat memberi mudarat (bahaya) kepada ALLAH sedikit pun. Dan kelak ALLAH menghapus segala amal mereka.”  (Surah Muhammad ﷺ : ayat 32)
KENALI Sheikh Dr Ismail Kassim

Kenapa saya berani kata Sheikh Dr Ismail tidak sesat. Hanya mereka yang mengenali dan sentiasa bersama beliau dapat melihat dan menyaksikan bagaimana beliau tidak ada masa untuk dirinya sendiri. Masa beliau amat sedikit bersama keluarganya kerana menjelajah ke seluruh dunia menyebarkan syahadah.

Beliau sanggup panjat naik dan turun pejabat kerajaan dan agama semata-mata mahu selamatkan umat Muhammad ﷺ melalui syahadah. Bagaimana beliau pernah dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat tetapi sanggup lari  dari hospital kerana mahu selamatkan umat Muhammad ﷺ.

Betapa beliau tidak pernah mempedulikan masa untuk diri sendiri tetapi hanya untuk selamatkan umat Muhammad ﷺ.  Betapa beliau sering menangis dengan kesyahduan hati memikirkan umat Muhammad ﷺ dan berdoa agar ALLAH selamatkan umat Muhammad ﷺ.

 

Betulkah Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat ?

Sebenarnya Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat. Dengan sewenang-wenangnya orang-orang yang berpangkat dan merasa diri mereka arif tentang agama menabur fitnah ke atas beliau kerana merasakan syahadah yang dibawa oleh Sheikh Dr Ismail Kassim adalah sesat.

Mereka yang merasakan diri mereka lebih pandai tetapi tidak sedar tentang wujudnya ilmu syahadah. Adakah mereka malu sebab mereka tidak tahu ilmu syahadah lalu dengan mudahnya menuduh dan menafikan kewujudan ilmu syahadah ini?

Siapa yang sebenarnya sesat? Sheikh Dr Ismail kassim yang sesat atau kamu yang menuduh? Jika sesat mengapa ilmu syahadah ini diperakui oleh ulama Nusantara ahlul sunnah wal jamaah yang hadir pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur 2017?

Sheikh Dr Ismail Kassim sesat

Sheikh Dr Ismail Kassim Ambassador World Syahadah Council

Alhamdulillah Sheikh Dr Ismail Kassim disanjung di negara lain malah ulama Ahlul Sunnah Wal jamaah sedunia menyokong beliau dalam satu pertemuan di World Syahadah Council di peringkat Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Benarlah kata-kata seorang ulamak KH Dr Muhammad Yunus (Muqoddam Tareeqah Tijaniyyah Jakarta); “orang yang menyebarkan kalimah La ilaha illAllah pasti banyak pasti banyak musibahnya”

Itulah sunnatullah, selidiklah sejarah. Tahukah kamu Nabi Mulia ﷺ pernah di tuduh gila semasa menyebarkan syahadah La ilaha illAllah sebagaimana firman Allah:

“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Dengan kurniaan Robbmu engkau (wahai Muhammad ﷺ) bukanlah orang gila. Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur. Maka kelak engkau akan melihat dan mereka pun akan melihat. Siapa di antara kamu yang gila. Sesungguhnya Robbmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat daripada jalanNya; dan Dialah yang lebih mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Qalam : ayat 1 -7)

Solat istiharah, bertanyalah kepada ALLAH. ALLAH yang Maha HAQ pasti menunjukkan kebenaran di atas setiap pertanyaan hambaNYA. Atau kita masih sombong dengan keilmuan diri sendiri sehingga kita tidak mahu merujuk kepadaNYA? Tepuk dada tanya IMAN.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Syahadah MENYOKONG dan MELINDUNGIMU

Dalam persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur 2017, saya suka memetik kata-kata Sheikh Dr Aziz Abidin, pengarah Universiti Islamic Sains dari negara USA. Pada mulanya beliau meyangka apabila beliau dijemput ke Malaysia di persidangan syahadah Antarabangsa ini adalah untuk menyokong persidangan ini.

Tetapi tatkala mendengar kata-kata Sheikh Dr Ismail Kassim selaku Ambassador World Syahadah Council tentang kepentingan syahadah, Dr Aziz terkejut apabila menyedari sebenarnya syahadah itu sendiri yang telah menyokong mereka malah melindungi mereka. Dengan suara lantang beliau berkata “sesiapa yang menafikan syahadah dia adalah penentang agama.”

Iman hanya boleh diperoleh daripada jiwa dan hati  yang telah memperoleh iman, dan melaksanakan iman dalam kehidupan. Iman akan berada bersama kita apabila kita menarik nafas terakhir dalam keadaan kita terus menyalakan api iman di dalam hati kita. Untuk menyalakan iman selama-lamanya, kita perlu memperoleh bahan apinya dan minyak untuk memastikan lampu iman itu menyala sehingga kita meninggalkan dunia ini untuk bertemu Robb”

– kata-kata Syeikh Dr Ismail Kassim petikan dari buku Kemanisan Iman

Alhamdulillah, selain dari beratus-ratus nukilan buku dan risalah yang Sheikh Dr Ismail Kassim tulis, perjuangan beliau telah diiktiraf diperingkat antarabangsa sehinggakan beliau menerima :

Nelson Mandela Peace Award 2014, Anugerah Tokoh Keamanan dan Perpaduan 2015, Glory of Asia Award 2016 dan yang terbaru dinobatkan sebagai Pride of Asia International Award pada 25 February 2017.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Anda PILIH HATI yang mana SATU?

Hudzaifah radiallahu anhu menuturkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Fitnah akan dinampakkan kepada hati seperti anyaman tikar, seutas demi seutas. Hati mana saja yang menerimanya maka hati itu akan terdapat satu titik hitam dan hati mana saja yang mengingkarinya maka akan mendapat satu titik putih. Hati pun menjadi dua jenis. Hati yang pertama putih bersih bagaikan batu putih yang sangat licin, tidak terpengaruh fitnah apa pun selama langit dan bumi masih tegak, sedangkan hati yang kedua hitam seperti cawan terbalik, tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran, hanya menuruti hawa nafsunya.”

Hudzaifah berkata kepada Umar. “Tidak ada fitnah bagimu, wahai Amirul Mukminin. Sebab, antara kau dan fitnah terdapat pintu yang tertutup.”

Umar bertanya, “Apakah nanti pintu itu akan rosak ataukah hanya terbuka saja dan tertutup kembali?”

“Pintu itu akan rosak.”

“Seandainya pintu itu rosak, tentu mustahil ditutup kembali.”

“Aku memberitahukan sebagaimana adanya.”

Khutbah Nabi ﷺ di atas menjelaskan perbezaan antara orang yang menerima dan menolak fitnah. Sedikit demi sedikit fitnah akan mempengaruhi seseorang sehingga menggelapkan hatinya.

-petikan kata dari buku Khutbah Rasulullah ﷺ tulisan Nawaf al-Jarrah

Berhati-hatilah dengan fitnah.

Sheikh Dr Ismail Kassim sesat

Sheikh Dr Ismail Kassim mengembangkan sayap SYAHADAH ke INDIA

Alhamdulillah, ramai umat Muhammad  ﷺ mendahagakan ilmu syahadah ini. Dengan pertolongan Allah, syahadah telah dibawa ke negara India dan bakal melangsungkan persidangan syahadah di India 12.12.2018. Saksikan video klip ini, https://www.facebook.com/Worldsyahadahcouncil/videos/579338332424968/

“Berlarilah kamu mencari ALLAH !!!” – Teriakkan Sheikh Dr Ismail Kassim “Berlarilah kamu mencari ALLAH!” dalam satu majlis yang sungguh memukul musuh-musuh dalam diri. Teriakkan lantang ini untuk selamatkan umat Muhammad ﷺ melalui syahadah.

Bayangkan sekarang jika rumah kamu sedang terbakar. Adakah kamu sebagai seorang ayah atau ibu menjerit dengan lantang memanggil anakmu selamatkan dirimu ? atau nada suaramu perlahan umpama memanggil anakmu untuk makan. Jika rumah terbakar, keadaan sudah kritikal pasti kamu menjerit mahu selamatkan anakmu bukan? Jadi jangan salahkan suara Sheikh Dr Ismail Kassim yang lantang. Sebenarnya kamu yang tidak faham !

Hanya mereka yang berjiwa bersih akan terkesan dengan kata-kata beliau, tetapi yang tidak terkesan kerana terhijab oleh kepandaian, kesombongan diri sendiri. Nauzubillah…

“Maka segeralah berlari kamu mencari Allah. Sesungguhny aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada ALLAH untukmu.” (Al-Dzariyat : ayat 50)
Ketahuilah bahawa usia dunia sudah sangat tua, ia sangat dan semakin dekat. Malah mati adalah kiamat kecil yang terdekat. Sudahkah kamu bersedia? Atau kamu masih tidak mahu mengambil pelajaran dengan berita kematian setiap hari?

Firman Allah:

“(Al Quran) ini adalah pemberi amaran yang telah lalu. Telah hampir datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat). Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah. Maka apakah mereka merasa hairan terhadap pengkhabaran ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu melengahkannya? Maka sujudlah kepada ALLAH dan sembahlah DIA. (Surah Al-Najm : ayat 56 – 62)

Telitilah sejarah. Kupasan lanjut mohon layari link berikut universalsyahadah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s