Syahadah dan Iman Tidak Boleh dipisahkan. Tahukah kita ALLAH سبحانه و تعالى sengaja tidak muncul di dunia sebab mahu uji iman?

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat

Bayangkan anda disuruh terjun ke dalam lautan yang dalam, tanpa pelampung atau sebarang alat bantuan kecemasan. Tambahan lagi anda bukan seorang yang pandai berenang. Apa perasaan anda? Ada berani?

Atau anda merasakan air laut itu bakal melemaskan anda dan mengundang kematian yang tidak disangka-sangkakan.

Persoalannya adakah air laut itu ada kuasa membuatkan anda mati lemas? Ini adalah soal iman.

 

Penting ke Iman ni?

“Ketahuilah bahawa sebab utama Allah Ta’ala tidak mahu muncul di hadapan semua makhluk di dunia ini adalah untuk menguji iman mereka, sama ada mereka akan mencari untuk megenali Maha Pencipta atau mereka akan mencari segala-gala yang lain selain daripada Maha Pencipta.

Atau sama ada manusia akan mengambil beberapa langkah dalam mencari ilmu untuk mengenali Penciptanya dan menguji sama ada mereka akan menggunakan pemikiran dan kebijaksanaan akal untuk mengenal kehadiran ALLAH Ta’ala dalam kalangan manusia dan segala makhluk lain di sekelilingnya.

Mengenali Maha Pencipta membawa kepada Iman kepada ALLAH. Ketahuilah bahawa iman sahajalah ukuran kepercayaan kita untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan ALLAH Ta’ala yang telah melimpahkan segala rahmat kepada kita di dunia. Malangnya, itupun kita tidak menggunakannya untuk mendekati ALLAH Maha Pencipta.”

Petikan buku Kemanisan Iman

 

Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat

Nikmat iman adalah nikmat terbesar. Bacalah buku Kemanisan Iman tulisan Sheikh Dr Ismail Kassim. Buku ini boleh jadi panduan ke jalan iman. Insya Allah.

 

Iman dan Taqwa adalah lebih mahal dan bernilai di sisi ALLAH سبحانه و تعالى

Lihatlah sejarah bagaimana para sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sanggup menggadaikan nyawa dan harta kerana iman dan realiti kepercayaan mereka kepada janji Allah dan Rasul sallallahu alaihi wasallam.

Bila mereka sudah merasai nikmat iman maka mereka sanggup serahkan nyawa untuk pertahankan iman, dan seterusnya menyebarkan syahadah iaitu kalimah iman.

 

Iman dan Islam sama ke?

Realitinya iman dan Islam adalah subjek berbeza. Jika kita sudah masuk Islam, kita belum tentu beriman. Saya sendiri akui dan sedar sehinggalah apabila saya mula pelajari syahadah rukun Islam pertama, baru saya sedar bahawa itulah yang yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ajarkan para sahabat selama 13 tahun tentang syahadah.

Ilmu iman ada dalam kalimah syahadah. Syahadah dan Iman tidak boleh dipisahkan.

 

Lemahnya Iman adalah Punca Segala Masalah Kehidupan Hari ini

Ilmu syahadah adalah asas dan teras yang perlu diwujudkan dalam diri setiap orang muslim yang mahu menjadi golongan beriman. Jika tidak Islam kita akan longgar.

Sebab itu kita boleh lihat bagaimana umat Islam masih bergelumang dengan dosa disebabkan tiada iman. Bagimana anak-anak remaja yang terjebak dengan salah laku kerana tiada iman. Iman yang lemah adalah punca segala masalah dalam kehidupan.

ALLAH tidak pernah zalim, tapi kitalah yang zalim kerana tidak ada usaha untuk belajar syahadah dan tatkala kita dihujani perbagai ujian, kita salahkan situasi ekonomi mahupun salahkan orang lain. Kita masih tidak sedar segalanya berpunca dari diri kita sendiri.

 

Bagimana mahu belajar ilmu Iman?

Sedarlah mengucap syahadah belum menjanjikan kita sudah beriman. Kita hanya sudah masuk Islam. Syahadah adalah penyaksian. Iman perlu ada ilmu dan ilmu iman adalah daripada ilmu dan amalan syahadah rukun Islam pertama.

Sebab itu  ALLAH perintahkan kita belajar sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ﷺ ayat 19 “Fa’lam Annahu Lailaha illAllah” yang bermaksud Carilah, pelajarilah ketahuilah bahawa Tiada ILAH selain Allah.

Lahawlawala quwwata illa billah.

*****

Moga kita berpaut dengan ikatan silaturrahim melalui alam maya ini. Moga sahabat yang membaca ini diberkatiNya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Saya doakan kepada sahabat yang sudi berkongsi artikel ini, moga Allah titipkan hadiah dan kurniaan yang terbaik disisiNya buat sahabat-sahabat pembaca. Amiin. Walaupun kita belum pernah bersua muka, moga kesudian menyebarkan tulisan ini menjadi asbab kebaikkan. Insya Allah.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s