Bukti Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat! Malah dimuliakan Ulama Nusantara

 

Bismillah…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan yang hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya walaupun (ALLAH) tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” (Surah Al-Hadid : ayat 25)
Jika kamu sedang membaca artikel ini, percayalah ianya bukan kebetulan, tetapi ALLAH telah susun hidup kamu hari ini sehingga DIA mahu kamu membaca artikel ini demi menegakkan kebenaran yang HAQ.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

“Yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan membenci (apa yang menimbulkan) keredaanNya, sebab itu Allah menghapus segala amal mereka. Atau apakah orang yang dalam hatinya menyangka  bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka (terhadap Nabi Muhammad ) ?”   

(Surah Muhammad ﷺ : ayat 28 – 29)
Sheikh Dr Ismail Kassim di FITNAH di negara sendiri

Begitulah apa yang berlaku kepada Sheikh Dr Ismail Kassim. Kerana perasaan dengki sesetengah pihak, beliau difitnah di negara sendiri. Jangan menuduh sembarangan jika kamu tidak mengenal hati budi beliau. Kelak amal kamu akan binasa dek kerana tuduhan tanpa bukti yang kukuh. Sungguh! Sheikh Dr Ismail tidak sesat

“Sesungguhnya orang yang kafir yang menghalang-halang (orang lain) dari jalan Allah serta memusuhi rasul setelah ada petunjuk yang jelas bagi mereka, mereka tidak akan dapat memberi mudarat (bahaya) kepada ALLAH sedikit pun. Dan kelak ALLAH menghapus segala amal mereka.”  (Surah Muhammad ﷺ : ayat 32)
KENALI Sheikh Dr Ismail Kassim

Kenapa saya berani kata Sheikh Dr Ismail tidak sesat. Hanya mereka yang mengenali dan sentiasa bersama beliau dapat melihat dan menyaksikan bagaimana beliau tidak ada masa untuk dirinya sendiri. Masa beliau amat sedikit bersama keluarganya kerana menjelajah ke seluruh dunia menyebarkan syahadah.

Beliau sanggup panjat naik dan turun pejabat kerajaan dan agama semata-mata mahu selamatkan umat Muhammad ﷺ melalui syahadah. Bagaimana beliau pernah dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat tetapi sanggup lari  dari hospital kerana mahu selamatkan umat Muhammad ﷺ.

Betapa beliau tidak pernah mempedulikan masa untuk diri sendiri tetapi hanya untuk selamatkan umat Muhammad ﷺ.  Betapa beliau sering menangis dengan kesyahduan hati memikirkan umat Muhammad ﷺ dan berdoa agar ALLAH selamatkan umat Muhammad ﷺ.

 

Betulkah Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat ?

Sebenarnya Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat. Dengan sewenang-wenangnya orang-orang yang berpangkat dan merasa diri mereka arif tentang agama menabur fitnah ke atas beliau kerana merasakan syahadah yang dibawa oleh Sheikh Dr Ismail Kassim adalah sesat.

Mereka yang merasakan diri mereka lebih pandai tetapi tidak sedar tentang wujudnya ilmu syahadah. Adakah mereka malu sebab mereka tidak tahu ilmu syahadah lalu dengan mudahnya menuduh dan menafikan kewujudan ilmu syahadah ini?

Siapa yang sebenarnya sesat? Sheikh Dr Ismail kassim yang sesat atau kamu yang menuduh? Jika sesat mengapa ilmu syahadah ini diperakui oleh ulama Nusantara ahlul sunnah wal jamaah yang hadir pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur 2017?

Sheikh Dr Ismail Kassim sesat

Sheikh Dr Ismail Kassim Ambassador World Syahadah Council

Alhamdulillah Sheikh Dr Ismail Kassim disanjung di negara lain malah ulama Ahlul Sunnah Wal jamaah sedunia menyokong beliau dalam satu pertemuan di World Syahadah Council di peringkat Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Benarlah kata-kata seorang ulamak KH Dr Muhammad Yunus (Muqoddam Tareeqah Tijaniyyah Jakarta); “orang yang menyebarkan kalimah La ilaha illAllah pasti banyak pasti banyak musibahnya”

Itulah sunnatullah, selidiklah sejarah. Tahukah kamu Nabi Mulia ﷺ pernah di tuduh gila semasa menyebarkan syahadah La ilaha illAllah sebagaimana firman Allah:

“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Dengan kurniaan Robbmu engkau (wahai Muhammad ﷺ) bukanlah orang gila. Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur. Maka kelak engkau akan melihat dan mereka pun akan melihat. Siapa di antara kamu yang gila. Sesungguhnya Robbmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat daripada jalanNya; dan Dialah yang lebih mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Qalam : ayat 1 -7)

Solat istiharah, bertanyalah kepada ALLAH. ALLAH yang Maha HAQ pasti menunjukkan kebenaran di atas setiap pertanyaan hambaNYA. Atau kita masih sombong dengan keilmuan diri sendiri sehingga kita tidak mahu merujuk kepadaNYA? Tepuk dada tanya IMAN.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Syahadah MENYOKONG dan MELINDUNGIMU

Dalam persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur 2017, saya suka memetik kata-kata Sheikh Dr Aziz Abidin, pengarah Universiti Islamic Sains dari negara USA. Pada mulanya beliau meyangka apabila beliau dijemput ke Malaysia di persidangan syahadah Antarabangsa ini adalah untuk menyokong persidangan ini.

Tetapi tatkala mendengar kata-kata Sheikh Dr Ismail Kassim selaku Ambassador World Syahadah Council tentang kepentingan syahadah, Dr Aziz terkejut apabila menyedari sebenarnya syahadah itu sendiri yang telah menyokong mereka malah melindungi mereka. Dengan suara lantang beliau berkata “sesiapa yang menafikan syahadah dia adalah penentang agama.”

Iman hanya boleh diperoleh daripada jiwa dan hati  yang telah memperoleh iman, dan melaksanakan iman dalam kehidupan. Iman akan berada bersama kita apabila kita menarik nafas terakhir dalam keadaan kita terus menyalakan api iman di dalam hati kita. Untuk menyalakan iman selama-lamanya, kita perlu memperoleh bahan apinya dan minyak untuk memastikan lampu iman itu menyala sehingga kita meninggalkan dunia ini untuk bertemu Robb”

– kata-kata Syeikh Dr Ismail Kassim petikan dari buku Kemanisan Iman

Alhamdulillah, selain dari beratus-ratus nukilan buku dan risalah yang Sheikh Dr Ismail Kassim tulis, perjuangan beliau telah diiktiraf diperingkat antarabangsa sehinggakan beliau menerima :

Nelson Mandela Peace Award 2014, Anugerah Tokoh Keamanan dan Perpaduan 2015, Glory of Asia Award 2016 dan yang terbaru dinobatkan sebagai Pride of Asia International Award pada 25 February 2017.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Anda PILIH HATI yang mana SATU?

Hudzaifah radiallahu anhu menuturkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Fitnah akan dinampakkan kepada hati seperti anyaman tikar, seutas demi seutas. Hati mana saja yang menerimanya maka hati itu akan terdapat satu titik hitam dan hati mana saja yang mengingkarinya maka akan mendapat satu titik putih. Hati pun menjadi dua jenis. Hati yang pertama putih bersih bagaikan batu putih yang sangat licin, tidak terpengaruh fitnah apa pun selama langit dan bumi masih tegak, sedangkan hati yang kedua hitam seperti cawan terbalik, tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran, hanya menuruti hawa nafsunya.”

Hudzaifah berkata kepada Umar. “Tidak ada fitnah bagimu, wahai Amirul Mukminin. Sebab, antara kau dan fitnah terdapat pintu yang tertutup.”

Umar bertanya, “Apakah nanti pintu itu akan rosak ataukah hanya terbuka saja dan tertutup kembali?”

“Pintu itu akan rosak.”

“Seandainya pintu itu rosak, tentu mustahil ditutup kembali.”

“Aku memberitahukan sebagaimana adanya.”

Khutbah Nabi ﷺ di atas menjelaskan perbezaan antara orang yang menerima dan menolak fitnah. Sedikit demi sedikit fitnah akan mempengaruhi seseorang sehingga menggelapkan hatinya.

-petikan kata dari buku Khutbah Rasulullah ﷺ tulisan Nawaf al-Jarrah

Berhati-hatilah dengan fitnah.

Sheikh Dr Ismail Kassim sesat

Sheikh Dr Ismail Kassim mengembangkan sayap SYAHADAH ke INDIA

Alhamdulillah, ramai umat Muhammad  ﷺ mendahagakan ilmu syahadah ini. Dengan pertolongan Allah, syahadah telah dibawa ke negara India dan bakal melangsungkan persidangan syahadah di India 12.12.2018. Saksikan video klip ini, https://www.facebook.com/Worldsyahadahcouncil/videos/579338332424968/

“Berlarilah kamu mencari ALLAH !!!” – Teriakkan Sheikh Dr Ismail Kassim “Berlarilah kamu mencari ALLAH!” dalam satu majlis yang sungguh memukul musuh-musuh dalam diri. Teriakkan lantang ini untuk selamatkan umat Muhammad ﷺ melalui syahadah.

Bayangkan sekarang jika rumah kamu sedang terbakar. Adakah kamu sebagai seorang ayah atau ibu menjerit dengan lantang memanggil anakmu selamatkan dirimu ? atau nada suaramu perlahan umpama memanggil anakmu untuk makan. Jika rumah terbakar, keadaan sudah kritikal pasti kamu menjerit mahu selamatkan anakmu bukan? Jadi jangan salahkan suara Sheikh Dr Ismail Kassim yang lantang. Sebenarnya kamu yang tidak faham !

Hanya mereka yang berjiwa bersih akan terkesan dengan kata-kata beliau, tetapi yang tidak terkesan kerana terhijab oleh kepandaian, kesombongan diri sendiri. Nauzubillah…

“Maka segeralah berlari kamu mencari Allah. Sesungguhny aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada ALLAH untukmu.” (Al-Dzariyat : ayat 50)
Ketahuilah bahawa usia dunia sudah sangat tua, ia sangat dan semakin dekat. Malah mati adalah kiamat kecil yang terdekat. Sudahkah kamu bersedia? Atau kamu masih tidak mahu mengambil pelajaran dengan berita kematian setiap hari?

Firman Allah:

“(Al Quran) ini adalah pemberi amaran yang telah lalu. Telah hampir datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat). Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah. Maka apakah mereka merasa hairan terhadap pengkhabaran ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu melengahkannya? Maka sujudlah kepada ALLAH dan sembahlah DIA. (Surah Al-Najm : ayat 56 – 62)

Telitilah sejarah. Kupasan lanjut mohon layari link berikut universalsyahadah

 

Advertisements

Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.

Bismillahir Rohmanir Rohim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Mazhab Wahabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan kemunculan dalam dunia Islam kini. Umat Islam keliru dengan mereka kerana mendakwa mereka adalah di pihak benar kerana segala perbuatan perlu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Fahaman wahabi sering menggembar-gemburkan tentang amalan bidaah. Antaranya mereka mengatakan bahawa amalan yang tiada dalam hadis  kita tak boleh buat. Contohnya; majlis selawat. Mereka akan bertanya hadis yang mana satukah yang mengajak kepada majlis selawat, dan sering mengeluarkan kata-kata “nabi tak pernah buat”.

Apakah yang kita faham tentang maksud perkataan “sunnah” ?

Fahaman wahabi merasakan mereka adalah golongan yang betul. Mereka ini adalah golongan yang biasanya dikatakan hafal dan belajar banyak hadis. Mereka merasakan merekalah yang lebih pandai dan lebih tahu sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka terjerat dengan fahaman yang salah kerana mereka tidak faham maksud sebenar sunnah.

Kasihan golongan sebegini, sebenarnya kupasan tentang maksud sebenar sunnah itu sendiri pun mereka tidak jelas, sebab itulah mereka tidak sedar dan terperangkap dengan kesombongan diri sendiri. Untuk kupasan lanjut maksud perkataan sunnah bolehlah klik link  nurulaein

Sudah tentu tidak salah untuk kita belajar dan hafal hadis, tetapi masalahnya asas tapak yang penting iaitu syahadah, rukun Islam pertama pun mereka tidak mahu belajar, sebab itulah mereka tidak dapat membezakan yang haq dan yang batil.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Maulid Nabi bidaah?

Perkara besar yang menggerunkan hati saya tatkala fahaman ini menolak majlis maulid nabi. Dek kerana kejahilan dan mengatakan bahawa “tiada dalam hadis tentang amalan tersebut” sehingga mereka melarang serta enggan hadir majlis maulid nabi.

Adakah mereka sedar akan kepentingan  meraikan majlis memperingati junjungan tertinggi nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam? Yang peliknya bila golongan ini meraikan majlis hari jadi rakan taulan tidak pula salah ? Pelik bukan?

Bila kita fikirkan golongan ini, kita rasa kasihan kerana kita tahu bahawa golongan ini tidak sedar betapa besarnya hikmah memperingati dan meraikan majlis junjungan besar penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Apakah punca mereka tidak sedar?

Barangkali golongan ini ketandusan kasih sayang Rahmatan lil alamiin sehinggakan mereka tidak pernah MERASA nikmat meraikan maulid nabi sallallahu alaihi wasallam. Apa puncanya?

Sebab mereka tidak mahu belajar syahadah. Bila mereka tidak belajar, maka mereka tidak sedar di sebalik tabir hikmah dan muqjizat kalimah agung kalimah La ilaha illAllah Muhammad Rasulullah Sallalhu A’laihi Wasallam.

“Fa’lam Annahu Lailaha illAllah”(Surah Muhammad : ayat 10) yang bermaksud Carilah, pelajarilah ketahuilah bahawa Tiada ILAH selain Allah.

Sedarkan kita “Fa’lam” adalah kata perintah? Allah perintahkan kita belajar tentang syahadah. Malah  Itu jugalah yang diwahyukan kepada semua Nabi dan Rasul untuk sampaikan sebagaimana Firman Allah berikut :

Dan Kami tidak menggutuskan seorang Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya “Bahawasanya tidak ada ILAH selain Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”   (Surah Al-Anbiya’ ayat 25)

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

 

Pelajarilah Carilah Tiada Ilah selain Allah

Saya sendiri akui, tatkala saya mula pelajari syahadah, rukun Islam pertama baru saya boleh bezakan mana yang haq dan mana yang batil.  Syahadah adalah iman yang tidak dapat dipisahkan. Itulah asasnya.

Kerendahan hati yang merasakan kita ini jahil, tidak sombong dengan ilmu di dada. Pernah saya bertanya maksud ILAH dan ASHADU kalimah yang terkandung dalam rukun Islam pertama kepada seorang rakan yang berfahaman wahabi. Tetapi dia tidak dapat menjawab. Malah sombng dengan keilmuannya. Moga Allah beri hidayah padanya untuk belajar dengan kerendahan hati.

Perjalanan hati adalah kembara mencari ilmu menuju Allah. Hati yang mengembara kepada satu stesen ke stesen. Pesan seorang guru, hakikat ilmu itu untuk adalah untuk mengenal ilah mengenal Allah. La ilaha illAllah, Muhammadur RasulAllah sallallahu Alaihi Wasallam.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Carilah, pelajarilah sebagaimana pesan Pesan Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani radiallahu anhu

“Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

“Ya Allah..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. ”

” Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. ”

Amiin Ya Robbal Alamiin.

 

 

Pengertian Dan Tuntutan Syahadah

Bismillahir Rahmanir Rahim…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

“Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.” Setiap orang yang ingin memeluk Islam hendaklah mengucapkan kalimah syahadah ini. Inilah yang dilakukan sejak zaman Rasulullah صلى الله عليه و سلم , cantohnya ketika Islamnya Abdullah Bin Salam yang asalnya seorang pendeta Yahudi. (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Rasulullah صلى الله عليه و سلم telah menjanjikan banyak kelebihan yang terdapat pada penyaksian agung ini. Sabda baginda صلى الله عليه و سلم dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

“Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.”

 

Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud:

“Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan ba­hawa Muhammad صلى الله عليه و سلم adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya neraka.”

Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap den­gan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta tuntutannya. Justeru, Rasulullah صلى الله عليه و سلم telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu.

 dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

“Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya tiada Ilah melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.”

Syahadah dan penyaksian   لا إله إلا الله محمد رسول الله

membawa maksud: suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada Ilah yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi Muhammadصلى الله عليه و سلم adalah hamba dan pesuruh Allah.

Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang pertama iaitu “Tiada Ilah Melainkan Allah” adalah seperti berikut:

  1. Menuturkan kalimah dalam keadaan mengetahui dan memahami maksudnya sebagaimana firman Allah dalam surah Muhammadصلى الله عليه و سلم , ayat 19 :

“Ketahuilah bahawasanya Tiada Ilah melainkan Allah…”

  1. Beramal dengan maksud kandungan kalimah itu. la adalah asas pengutusan para rasul, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 25:

“Dan tidak Kami utuskan seorang rasul pun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya,

bahawa tiada Ilah me­lainkan Aku, maka abdikaniah diri kepada-Ku”

  1. Menyerah diri kepada Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 128:

“Ilah kami! Jadikanlah kami ber dua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) menyerah diri kepada-Mu dan juga dari zuriat kami satu umat yang menyerah diri kepada-Mu…”

  1. Membenarkan segala yang datang daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nisa’, ayat 87 :

“…dan siapakah yang lebih benar percakapannya daripada Allah?”

  1. Ikhlas dalam melakukan pengabdian dan berlepas diri daripada sebarang bentuk syirik dan khurafat.

Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 11, yang bermaksud :

“Katakanlah wahai Muhammad صلى الله عليه و سلم! Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan ikhlas beragama kepada-Nya…”

  1. Mengasihi Allah melebihi segala yang lain, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 165, yang bermaksud : “…dan orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.”

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang kedua iaitu “Nabi Muhammadصلى الله عليه و سلم  hamba dan pesuruh Allah”

adalah seperti berikut:

  1. Meyakini bahawa Rasulullah صلى الله عليه و سلم  adalah insan pilihan Allah. Baginda juga bukan sekutu bagi Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat 110, yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad صلى الله عليه و سلم )! bahawasanya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu yang diwahyukan kepadaku. Bahawasa nya Ilah  kamu adalah Ilah yang satu”.

  1. Meyakini bahawa baginda Rasulullah dipelihara oleh Allah daripada terjebak dalam sebarang bentuk dosa. Baginda صلى الله عليه و سلمjuga dipelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah Allah.
  2. Mentaati segala perintah Rasulullah dan menjauhi segala larangarinya. Firman Allah dalam surah Al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud :

“Dan ара yang dibawa datang kepada kamu oleh Rasulullah صلى الله عليه و سلم hendaklah kamu ambil dan ара yang baginda larang, maka hendaklah kamu tinggalkan.”

  1. Membenarkan setiap yang baginda sampaikan. Ini kerana baginda tidak berkata-kata sebarangan, sebaliknya ia adalah panduan daripada Allah. Firman Allah dalam surah An-Najmi, ayat 3 dan 4, yang bermaksud :

“Dan dia yakni Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم tidak bertutur dengan hawa nafsu, sebaliknya ia adalah wahyu yang diutuskan oleh Allah.”

  1. Mencintai Nabi melebihi makhluk yang lain. Sabda rasulullah صلى الله عليه و سلمdalam hadis riwayat Al-Bukhari:

Maksudnya:

“Tidak beriman seorang daripada kamu hinggalah dia menjadikan aku yang paling dicintai melebihibapanya dan anaknya serta semua manusia.”

 

Sempurnakanlah tuntutan dua kalimah syahadah ini. Semoga ia dapat membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri daripada mengikut petunjuk selain petunjuk Rasulullah صلى الله عليه و سلم

Ilmu dan Ajaran yg di ajar oleh Sheikh Dr Ismail Kassim

Hanya lah yg tersebut di atas , menegaskan dan kerana keberanian dan menegak kan kebenaran itu maka beliau di fitnah. Tidak semua ulama berani berkata benar kerana risau akan periuk nasi mereka akan tertutup.

Bagi Sheikh Dr Ismail Kassim yg tidak pernah memperdulikan akan kata kata dan tomahan masyakat membangkit kebencian ramai pihak.

Namun sokongan ulama luar negara membuktikan akan kebenaran ilmu Syahadah. Terbukti di program bertaraf antarabangsa yang di anjurkan pada bulan Julai 2017. InsyaAllah program akan berlangsung di NewDelhi pada tahun 2018 nanti.

Sumber : akulahhasmahmu